Wednesday, 5 August 2015

DEBARAN KIAN TERASA.....

Salam..

cerita aku hari nie ialah tentang keputusan upu yang bakal keluar tak lama lagi.. hari nie dah 5 ogos 2015. dah nak dekat pukul 10:30 malam...result upu bagi budak matrik, form 6 semua tu akan kluar 11 ogos nie...dalam minggu nie saja, banyak kawan-kawan aku whatsapp cakap diorang nervous sangat2..yelah mana tak nervous, this thing will be your future...ia akan menentukan kemana arah yang kita akan pergi lepas nie..

ada sesetengah kawan aku nie, diorang nervous bukan apa, diorang just takut tak dapat sebab dulu waktu lepas spm diorang pernah jadi macam tu...termasuk aku... kira-kira macam 'trauma' laaa...tapi alhamdulillah, aku dapat matrik..diorang pun sama dana da juga yang sambung form 6.

apa apa pun....all the best untuk sapa2 yang tengah tunggu result upu including me..in sha allah

k that's all for today...wassalam

Tuesday, 8 April 2014

masih mencari MH370

Sudah genap sebulan pesawat MH370 hilang pada hari ini. Tiada siapa yang tahu di mana mereka berada sekarang. Hanya Allah sahaja yang tahu....

Sebagai umat islam, kita wajib percaya kepada qada dan qadar... Semua yang berlaku adalah atas kehendak-Nya sebagai penguasa alam ini. Semua yang terjadi pasti akan ada hikmahnya yang tersendiri.

Ujian dan dugaan ini bukannya untuk membebankan kita tetapi itu adalah salah satu tanda sayang-Nya kepada kita. Sesungguhnya Allah tidaka akan memberikan ujian kepada seseorang itu sekiranya dia tidak dapat menanggungnya...

Pada waktu ini kita kena kembali kepada siapa sang pencipta alam ini... Berdoalah kepada-Nya, insyaallah pasti dia akan mendengarnya...

Sekarang pelbagai spekulasi sering dibuat oleh orang luar untuk menyalahkan kita dalam hal ini. Pelbagai berita palsu yang direka-reka di internet mengenai pesawat MH370 ini juga semakin berleluasa. 

Oleh itu, ini saya ingin memberikan satu link laman web yang memaparkan fakta sebenar mengenai insiden ini... 





Ahmad Ammar dalam kenangan.....

Baru hari ini, saya dapat mengetahui kisah sebanar tentan allahyarham Ahmad Ammar yang meninggal di turki.... subhanallah hebatnya dia walaupun beliau baru sahaja berusia 20 tahun ketika itu.

Sekarang, sudah dekat 5 bulan beliau pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Namun beliau pasti sedang bahagia di alam sana...

Ketika hayatnya mungkin beliau tidak dikenali namun setelah pemergiannya, beliau mendapat perhatian ramai pihak. Ramai yang berebut-rebut ingin mengusung jenazahnya sehingga ke tanah perkuburan.

AL-FATIHAH....